WMOTO EZ125i

  Apabila anda mencari skuter harian yang ringan, mudah dikendalikan dan penuh dengan ciri moden WMOTO EZ125i adalah antara pilihan menarik di pasaran Malaysia sekarang. Ia diperkenalkan sebagai model kompak untuk kegunaan bandar, dengan harga yang kompetitif dan spesifikasi yang memadai untuk aktiviti harian.

WMOTO melancarkan EZ125i di Malaysia dengan harga RM 4,588 (tidak termasuk cukai jalan & insurans). Tersedia dalam beberapa pilihan warna menarik: Silver Grey, Grey, Red dan Deep Sky Blue. Setiap model datang dengan waranti pengeluar selama 2 tahun atau 20,000 km (yang mana tiba dahulu).
Spesifikasi Utama
  • Enjin : 124cc, Single Cylinder, 4-stroke, Air-cooled
  • Kuasa : 8.8kW @ 7,500rpm
  • Tork : 9.5Nm @ 6,000rpm
  • Tangki : 6.5 liter.
  • Berat : ±95 kg.
  • Panjang : 1890 mm
  • Lebar : 670 mm
  • Tinggi : 1000 mm
  • Tayar depan : 70/90-14
  • Tayar belakang : 80/90-14
Ciri & Kelengkapan Moden
  • Lampu LED penuh iaitu lampu utama, lampu belakang, isyarat & hazard.
  • Paparan LED digital berwarna penuh dengan memaparkan maklumat penting dengan jelas.
  • Port USB Type-A untuk mengecas peranti ketika dalam perjalanan.
  • Ruang simpanan: poket di hadapan kiri dan kanan, serta ruang di bawah tempat duduk.
  • Hook barangan & rehat kaki tersembunyi (foldable footrests) menambah praktikaliti harian.
  • Suspensi depan: fork teleskopik; suspensi belakang: dual-shock absorber
  • Sistem brek: cakera di bahagian depan dan dram di belakang.
Kelebihan
  • Ringan dan mudah dikendalikan (95 kg) sesuai untuk pengguna harian dan baru.
  • Ciri moden seperti LED, USB, digital meter menaikkan nilai dalam kelasnya.
  • Dimensi kompak menjadikannya sesuai untuk pergerakan dalam bandar.
  • Harga cukup kompetitif , pilihan menarik dalam segmen skuter bajet.
WMOTO EZ125i adalah pilihan bijak bagi mereka yang mencari skuter praktikal, moden dan murah untuk kegunaan harian dalam bandar. Dengan ciri moden, kos pemilikan yang rendah (transmisi CVT + enjin penyejukan udara) dan dimensi yang mesra pengguna, ia sangat sesuai untuk:
  • Pelajar, pekerja pejabat, komuter
  • Pengguna yang mahu skuter automatik yang mudah tanpa banyak selenggara
  • Mereka yang ingin gaya, fungsi dan nilai dalam satu pakej
 
Sebarang pertanyaan anda boleh Whatsapp atau telefon sale team kami😍 📲📲📲 𝙒𝙝𝙖𝙩𝙖𝙥𝙥𝙨 @ 𝘾𝙖𝙡𝙡 salesteam kami
×