Inisiatif Proaktif Melibatkan Komponen Muffler Demi Keselamatan Penunggang
Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan pelaksanaan Program Recall secara proaktif bagi model QJMOTOR AX200S, susulan laporan berkaitan isu teknikal pada komponen muffler (sistem ekzos).
Program ini dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan tahap keselamatan dan kualiti tertinggi terus terjamin kepada semua pemilik dan penunggang.
Butiran Utama Program Recall
Program recall ini melibatkan komponen muffler AX200S
Pihak Mforce sedang memuktamadkan bekalan alat ganti baharu yang telah dinaik taraf
Alat ganti gantian disediakan bagi memenuhi standard keselamatan dan kualiti
Dealer sah akan menghubungi pemilik terlibat secara berperingkat untuk langkah seterusnya
Tindakan Pemilik Motosikal
Pemilik QJMOTOR AX200S yang terlibat tidak perlu mengambil sebarang tindakan segera. Sebaik sahaja program ini berkuat kuasa:
Dealer sah akan menghubungi pemilik secara terus
Temujanji akan diatur untuk pemeriksaan dan penggantian komponen berkaitan
Proses akan dijalankan mengikut prosedur rasmi yang ditetapkan
Permohonan Maaf & Komitmen Keselamatan
Pihak Mforce merakamkan permohonan maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan mengucapkan terima kasih atas kepercayaan serta kerjasama berterusan daripada para pelanggan.
Keselamatan penunggang kekal sebagai keutamaan utama, dan langkah ini diambil demi memastikan pengalaman pemilikan yang lebih selamat dan diyakini.
Maklumat Lanjut
Sebarang kemas kini dan maklumat terperinci akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui: